Ada Apa Dengan Afiq?

Dengan lafas Bismillahirahmanirahim..

Afiq memulakan bicara mengenai kisah hidup ini. Jelasnya ia adalah sebuah kisah benar. Ribuan terima kasih kerana sudi melawat blog ini dan berminat untuk mengetahui siapakah pemilik blog yang naif ini. Apa yang Afiq boleh katakan, Afiq suka berkongsi kepada semua mengenai apapun cerita sama ada cerita suka-suka, cerita cinta dan cerita dunia. Dan dengan sebab itulah Afiq meletakkan objektif blog ini CERITA, CINTA & DUNIA. Bermula dengan kisah bagaimana terbinanya blog ini pada tanggal 15 Mei 2009 selepas Afiq berjumpa dengan seorang teman yang merupakan seorang blogger. Walaupun sebelum ini Afiq banyak menulis di Facebook tetapi keyakinan dan ilmu untuk menulis blog masih belum ada sehinggalah dorongan dan tunjuk ajar teman yang tidak pernah putus asa itu dalam menghasilkan blog Permata-Merah ini.

Blog Permata-Merah ini tidak lah hebat mana jika nak dibandingkan dengan blog-blog cemerlang, gemilang dan terbilang yang lain. Cumanya Afiq suka untuk berkongsi dan Afiq rasa benda yang baik perlulah dihebahkan. Biarlah orang rasa yang blog Afiq ini hina, tetapi didalamnya mungkin ada sedikit kebaikkan yang boleh dikongsi bersama setiap insan. Korang pembaca dan kipas susah mati (Die Hard Fan) blog ini, Afiq nak ucapkan ribuan atau jutaan terima kasih yang tak terhingga kerana memberi sokongan walaupun sekadar membaca. Kalau terlebih rajin tu, sila-silalah memberikan sumbangan komen kesetiap entri. Afiq ni seorang insan biasa yang tak lari dari kesilapan. Jika ada kesilapan entri yang dibaca di blog ini sehingga menguris jiwa dan raga, bolehlah suarakan pendapatkan nasihat kepada Afiq di email evil_impaler27@yahoo.com.

Bebalik kepada tajuk asal, untuk mengetahui segala maklumat mengenai pemilik dan merangkap penulis blog ini, korang boleh lah baca biodata dibawah. Tapi diingatkan kisah hidup ini terlalu panjang dan mungkin membosankan bagi sesetengah orang.


Siapa Afiq?

Halfname: Afiq
Nickname : Afiq Danial
Age : 23 years old (2009)
Birth : March 27 ‘1986 | Thursday | 4.30 p.m | 2.13kg | Negeri Sembilan
Sex : Male (Disahkan oleh Doktor Pakar)
Body Type : Average and Stolid
Height : 167 Cm
Weight : 63 Kg
Hobby : Online & surfing | Fishing | Dating | Bloging
Sibling : Older (sulung)
Education : Politeknik Merlimau (graduate already)..
Status : Owned by Someone! Tapi belum berkahwin

Kegemaran Afiq

Fav Food : Nasi Goreng Kampung
Fav Drink : Milk Tea, Hot Coffee, Nes
Fav Brands : Crocodile, Alain Delon, Camel, Renoma
Animals : Cat, Fish & Rabbit.. dan semua binatang termasuk ular
Music Genres : R&B, 60an-90an, Balada dan Dondang Sayang
Books : Book belum ada, Bookmarks Mozilla boleh ke?
Movies : Cerita Romantik Komedi, Action Movie pun ok
Tv Series : Afiq pakai tv LG. (Betul ke jawapan ni?)
Anime : Crayon Shin Chan, Tom n Jerry
Fav Artist : Mawi World!
Fav Actor : Yang seksi tu sapa? Lupa dah nama.
Fav Song : Broery Marantika - Biarlah bulan bicara
Fav Websites: www.permata-merah.co.cc | www.facebook.com | pink-heart-chocolate.blogspot.com

Yang orang TAK tahu

Dilahirkan dari keluarga yang sederhana, cukup makan dan pakai tapi tidaklah semewah mana. Afiq merupakan anak lelaki sulung hasil perkahwinan ayah dan ibu iaitu Abu Bakar dan Nuraini pada tahun 1985. Setahun lepas itu lahirlah anak comel mereka yang diberi nama Mohamad Afiq. Lahir nya dia di hospital besar Seremban Negeri Sembilan dalam keadaan yang cukup sempurna dan sifatnya. Termasuk tingah laku dan akhlak yang baik.

Membesar di Bandar Baru Serting kerana pada ketika itu ayah berkerja sebagai Juru Ukur Teknik di Felda Serting dan ibu pula Kerani di Pej Kesihatan Kuala Pilah. Afiq membesar pada ketika itu dirumah baby sitter kerana kedua ibu bapa berkerja. Walaubagaimana pun Afiq lebih suka bersendirian dirumah sendiri kerana ketenangan dan keharmonian lahir di Rumah Ku Syurga Ku.

Pendidikan Awal di Sek Keb Bandar Baru Serting sehingga pertengahan darjah satu. Pada usia Afiq sementah 7 tahun, ujian dari Allah SWT iaitu menjemput arwah ayah ke Rahmatullah cukup-cukup memberikan ketabahan Afiq serta keluarga. Pada saat itulah bermulanya satu episod baru dalam keluarga Afiq yang tercinta.

Pada tahun 1993 dan hanya selepas sebulan pemergian arwah ayah, ibu membuat keputusan nekad untuk berpindah di Melaka iaitu tanah kelahiran arwah ayah. Alasanya ingin Afiq membesar bersama waris dan keluarga terdekat dari arwah dan arwah juga pernah berpesan, yang dia akan bawa sekeluarga pindah ke Melaka bila ada kesempatan nanti, mungkin ini juga yang membuatkan ibu dengan keputusan itu walaupun mendapat tentangan dari ayah ibu sendiri. Afiq ingat lagi masa tu, sedikit persalahan fahaman antara ibu dan atuk kerana keputusan ibu untuk berpindah ke Melaka. Tapi walau macam mana pun, Alhamdulillah, semuanya selamat.

Masa mula-mula datang Melaka, Afiq sekeluarga duduk bersama nenek iaitu mak kepada arwah ayah. Ibu pula bertukar kerja ke Hospital Besar Melaka. Darjah satu Afiq pula dihabis di Sek Keb Pernu sehinggalah tamat darjah 6. Yang mencabarnya ialah kawan-kawan baru dengan suasana yang baru. Ketika itu Afiq seolah-olah terasing kerana persekitaran pada masa itu sedikit kampung dengan budak-budak liarnya yang macam orang asli. Maklumlah, kampung kan? Berlaku juga beberapa pergaduhan sehingga menyebabkan kening Afiq dijahit dan bertanda sehingga sekarang. Afiq pun tak faham macam mana boleh jadi macam tu, padahal Afiq kan baik, sopan santun dan berhemat tinggi. Kan..kan..kan?

Lepas 2 tahun duduk rumah nenek, ibu menyewa rumah kampung. Dekat dengan sekolah. Yang Afiq ingat rumah tu ada 3 bilik, 1 dapur, 1 bilik air dan ruang tamu yang cukup luas. Harga sewa masa tu Rm100 sebulan dan memang berpatutan lah. Dalam masa yang sama juga ibu ada membeli rumah perumahan di telok mas. Masa tu rumah belum siap dan hanya ada sawah padi dan plan perancangan pemaju je. Bila dah tingal sendiri, Afiq pun mula lah berdikari. Pergi sekolah sendiri, balik sekolah sendiri, makan tengah hari pun sendiri. Sebab tu lah sampai sekarang Afiq lebih senang duduk bersendirian kerana telah berdikari sejak kecil lagi. Seingat Afiq pada masa itu, mulai darjah 3 Afiq dah menaiki bas untuk pusat ke tuisyen di bandar. Hebat tak?

Masa darjah 5, Rumah di Telok mas pun dah siap dan sekali lagi kami berpindah. Duduk kat taman pula. Rumah dah jauh dari sekolah, maka dengan itu ibu hadiahkan Afiq sebuah basikal BMX ciplak punya. Kalau tak silap harga dalam Rm140++. Masa tu memang cool habis, dengan basikal baru. Walaupun sekolah jauh, hari-hari 4 kali ulang alik dari rumah pun takpe. Pergi sekolah pagi, balik rumah makan, pergi sekolah agama, balik rumah main. Bestkan masa tu, tak rasa penat langsung pun. Nak jadi kecik balik lah macam dulu, berbasikal kesana kemari.

Bila dah darjah 6, Afiq menduduki UPSR. Alhamdullilah keputusan cemerlang (4A 1B) dan mendapat tawaran ke Program Rancangan Khas di High School Melaka. Duduk asrama lah masa tu. First time tingalkan ibu, memang tak rasa apa-apa. Jumpa kawan-kawan baru kan seronok. Tapi lepas beberapa hari, mula lah berlinang air mata teringatkan ibu dirumah. Tiap kali telefon je menangis. Ibu datang bawa bekal nasi pun menangis. Tapi itulah lumrah hidup yang menjadikan kita dewasa. Lama-lama dah biasa tingal dengan kawan-kawan. Bangun pagi pukul 5, dikejutkan dengan rotan Ustaz utk bangun solat subuh. Gosok baju sekolah sendiri, make up muka sendiri, jalan kaki sendiri dan kesekolah belajar pun sendiri. Pengalaman tingal di asrama memang tak dapat dilupakan!

Sampai tingkatan 3, ambik periksa lagi. PMR pulak. Macam biasa, keputusan pun boleh tahan cemerlang(4A 4B)! Terasa pula nak cuba sekolah yang lebih tinggi daripada Sekolah Tinggi (high school). Afiq pun Apply lah Sekolah Teknik. Masa nak isi form tu, ibu sibuk suruh Afiq ambik Usahawan sebab belajar akaun katanya. Nanti besok kerja bagus-bagus. Yer lah, Afiq ikutkan.

Akhirnya dapatlah Sek Men Teknik Bukit Piatu iaitu antara sekolah teknik yang bagus. Kelas pula kelas Usahawan. Masa mula-mula masuk tu, terperanjat kemain lagi. Yer lah 5 orang je budak lelaki. Yang lain semua perempuan. "Ibu, Afiq mana biasa dok dengan pompuan, dulu skolah high school semua lelaki tau". Nak tak nak, Afiq tercampak juga kat sana 2 tahun. Sampai lah tamat sekolah tingkatan 5. Keputusan dah tak berapa nak cemerlang sebab Afiq rasa duduk dengan pompuan lah ni. Kan dah tak fokus belajar. Tak pe, setidak-tidaknya Afiq dapat juga sambung belajar.

Mula-mula dulu kat MMU Melaka, tapi tak sampai sebulan sebab kawan Afiq beria benau ajak pergi Politeknik Merlimau. Katanya tak ada kawan kat sana. Kawan punya pasal, Afiq quit MMU terus masuk Politeknik Merlimau Jun tahun 2004. Ambik lah pulak kos Akaun. Dah memang itu je jurusan Afiq selain dari belajar silat kat skolah. Diploma Silat pulak takde kat politeknik, so Afiq takda pilihan.

Bila sebut je kos Akaun, berapa kerat je lah jantan yang ada. kelas Afiq pun cuma ada 10 orang lelaki termasuk Afiq. Lain semua perempuan tanpa bapuk dan pondan. Belajar lah kat poli ni sampai 3 tahun dan dengan jayanya Konvo tanpa sebarang ulang paper ataupun gagal walaupun belajar sambil-sambil tidur. Pointer kira ok lah 3++ skit. Hasilnya sekarang Afiq bergelar graduan.

Cerita mengenai kerjaya

Kalau nak cerita pasal kerja ni memang panjang lah sangat. Dah lah biodata panjang berjela. Korang yang tak putus asa nak mengenali Afiq, silakan lah terus membaca. Afiq start kerja sebenarnya dari muda lagi(tak bermaksud sekarang dah tua). Seawal tingkatan 4 lagi Afiq dah start kerja part time kat hotel sebagai budak pelayan.Bukan GRO tau! Bila ada event kat hotel je, Afiq dipangil kerja. Adalah dalam 5 6 orang kawan kerja sekali. Hotel pertama Afiq kerja kat Ramada (skang dah tukar nama Renaissance). Lepas tu banyak lah hotel di sekitarnya. Afiq juga pernah kerja sebagai house keeping di EQ. Yang paling Afiq tak boleh lupa masa diorang tukarkan Afiq ke bahagian Front Kaunter untuk 2 hari. Ada ke patut diaorg suruh Afiq lap tangga dari lobi sampai tingkat 2 guna kain dengan tangan je. Orang keluar masuk hotel semua pandang Afiq macam mat bangla. Sumpah, kalau ingat balik memang rasa macam nak bakar hotel tu dengan manager nyer skali! Afiq juga pernah kerja 7eleven kat Bukit Katil. Masa tu store baru dan Afiq kerja masa diaorang belum opening lagi pun. Sebulan awal dah start susun barang dengan lap barang. Kerja 7eleven ni tak ada lain lah selain jaga duit, lap lantai, lap barang-barang termasuk gula-gula yang kecik depan kaunter tu dan kira semua barang yang menjadi harta 7eleven tu satu persatu. Kerja separuh mati, gaji sikit nak mampus.

Yang paling best ialah pada tahun 2005, Afiq start buat Networking atau dikenali umum sebagai MLM atau bahasa melayunya Jualan Langsung. Dari sini lah Afiq belajar bisnes. Belajar bercakap. Jumpa orang dan sebagainya. Masa buat Networking ni lah yang paling seronok sebab memang banyak duit dan Afiq telah berjaya keseluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak. Tiap-tiap hari ada je tempat nak pergi. Pernah satu hari tu, Afiq pergi ke Langkawi balik hari sebab besok pagi ada kelas. Ha ah, masa tu Afiq masih lagi belajar di Politeknik. Memang lah penat, tapi Afiq cuba bahagikan masa untuk belajar dan kerja. Walaupun sibuk, tapi Afiq tak pernah ponteng kelas tanpa sebab yang kukuh. Sebab tu Afiq berjaya mendapatkan title graduan tepat pada masanya.

Tahun 2008 plak Afiq jumpa group yang memang berkaliber dalam bisnes. So kita orang berkerjasamalah membina satu kumpulan untuk menubuhkan consultant motivasi dan menguruskan program-program motivasi sekolah-sekolah negeri Melaka. Dengan pengalaman yang ada, setahun lepas tu Afiq pula diberikan peluang untuk mengajar kelas tambahan disekolah-sekolah. Sehingga hujung tahun 2009, sebanyak 10 buah sekolah Afiq ajar dan pelajar yang Afiq ada seramai 300 orang murid. Subjek yang Afiq ajar ialah matematik, yer lah study dulu pun buku kira-kira. So sampai sekarang lah Afiq masih Penasihat Motivasi, Pengajar Kelas Matematik dan Penulis Blogger sepenuh masa. 3 in 1 lah macam tu.

Kisah Percintaan pula

Inilah kisah yang paling touching skali, yer lah sebab melibatkan hati dan perasaan kan. Kisah macam mana Afiq mengenal wanita, menyelami cinta dan menyayangi insan lain yang didalam hidup ini. Afiq percaya setiap orang ada perasaan itu dan setiap orang juga pernah merasai duka. Kalau yang memfollow blog Afiq dari awal, mungkin korang akan faham. Bagaimana peritnya rasa dilukai. Untuk kisah silam dan luka ini, elok lah korang semua baca balik entri Afiq yang lepas yang pernah dengan kesensaraan itu.
Aku..
Aku 2..
Aku 3..
Dia..
Tapi sekarang Kisah itu berubah. Berubah selepas Afiq kenal seorang wanita yang telah membuka semula pintu hati ini untuk terima kembali mencintai dan dicintai. Dan bagi yang ingin mengetahui, hati Afiq sekarang telah dimiliki oleh Noorfaizyan. Dia juga seorang blogger,dan dia jugalah teman yang sama-sama menghasilkan blog ini dulu serta yang paling banyak memberi dorongan kepada Afiq sehinggalah terhasillah Permata-merah. InsyAllah kalau ditakdirkan, kami memang merancang untuk berumah tangga tidak lama lagi. Biarlah Afiq katakan disini, Afiq memang benar-benar mencintainya!

Pengalaman Berblog

Korang percaya tak Afiq memang tak ada pengalaman menulis blog sebelum ini. Inilah blog yang pertama Afiq bina. Dan sebelum ini pun Afiq tak pernah mengikuti apa-apa kursus membuat blog apatah lagi web site. Cuma Afiq banyak bertanya kepada teman dan mengkajinya sendiri. Walaupun tiada pengalaman berblog, tetapi Afiq telah mula berkecimpung dalam dunia komputer dari darjah 2 lagi. Masa tu masih pakai MS Dos. Komputer pun jarang-jarang jumpa. Afiq belajar dari kawan ibu yang masa tu dia pegawai bahagian komputer dan Afiq pula selalu datang ke pejabat ibu. Start belajar mengunakan sistem dos ini banyak membantu Afiq lebih memahami kod-kod komputer yang asal seperti 'dir/w' 'cd..' dan banyak lagi. Lepas tu keluar plak Windows 3.11 dan masa Afiq Darjah 5 ibu dah belikan komputer Dasktop kat rumah mengunakan Os Windows 95 lengkap dengan internet Dial Up 57kps. Mula-mula dapat komputer dulu, selalu je rosak sebab Afiq selalu godeh. Yer lah, nak belajar mesti kena berani mencubakan? Internet plak lembab macam siput tut. Yerlah, masa tu mana ada file yang berat-berat. Blogger pun belum ada kot. Dan dari situ lah Afiq mula menyelami dunia peng komputeran ini satu persatu dari Ms Dos, Win 3.11, Win 95, Win 98, Win Me, Win Xp dan sekarang Win 7. Win Vista je Afiq tak pakai sebab baru install 1 hari terus pakai Xp balik. Korang pun tahu sebab apa kan? Sekarang ini Afiq cuba untuk belajar lebih kepada sistem Network Komputer. Cita-cita Afiq lepas ni nak buat hosting sendiri dirumah dan adakan satu bilik khas yang dipangil Bilik Media sebagai pusat bagi segala pengoperasian. Takde lah Afiq tulis blog atas katil lagi lepas ni. Korang doakan semoga impian itu tercapai.

Begitulah serba sedikit mengenai kisah hidup Afiq. Memang tak ada kena mengena dengan korang langsung pun, tapi korang yang sibuk nak tahu kan siapa Afiq dan siapa Owner Blog Permata-merah ini. Bagi korang yang sedia memberikan komen dan pandangan, boleh lah terus email Afiq di:
evil_impaler27@yahoo.com

atau cari Afiq di:
Afiq on Facebook

atau di :
Afiq on Tweetter

TWITTERING // FACEBOOKING

Best ke kisah hidup Afiq? Korang nak jadi macam ni tak?

4 ulasan:

Anonymous said...

anak sulung = eldest

orgtua said...

hahahaha...

no komen la lentik.....

Anonymous said...

salam tumpang lalu, perjalanan hidup kita memang tak sama, ada cerita suka dan sedihnya, tp ksedihan tersebutn bukan jadi sebab utk kita jauh ketinggalan kan!

Anonymous said...

Same goes to me lar...
"23/10,I'm yours"
*Man in Love

Post a Comment